THAnx for all the supports dearies :)

Friday 29 April 2011

cerpen 2:mudAH-MUDAHAN itulah yang tERBAik.....(BAHAGIAN 2)

            "Cis,tak guna!........Kamu telah menghina Beta.Dalam keadaan seperti ini pun Bendahara masih lagi berkata sebegitu.Tak kenang budi langsung,"kata Raja Sahlan dengan riak muka bengis.Beliau berasa sangat murka dengan kata-kata Bendahara.
            "Laksamana Anjang,kurung Bendahara Ahman dalam penjara!Beliau telah menghina Beta,"titah Raja Sahlan pada Laksamana Anjang.
            "Baiklah,Tuanku."balas Laksamana dengan penuh rasa  hormat.
            "Mudah-mudahan itulah yang terbaik buat patik,Tuanku"celah Bendahara Ahman tanpa rasa gentar sedikit pun terhadap  Raja Sahlan.

Hari berganti hari,semangat Raja terus berkobar-kobar untuk pergi memburu tanpa rasa sedikit pun gusar dek kerana peristiwa yang lalu.Jadi pada sebuah petang yang indah,Raja menitahkan beberapa orang Laksamana dan Bendahara istana agar menemani beliau masuk ke dalam hutan.
Setelah penat berjalan di dalam hutan,semua Laksamana dan Bendahara dibenarkan berehat sebelum menyambung semula pemburuan.
Namun begitu,disebabkan semangat memburu yang menebal yang ada dalam jiwa Raja,maka beliau telah membuat keputusan untuk pergi memburu seorang diri dan meninggalkan Laksamana dan Bendahara yang sedang berehat di bawah pokok.Ketika sedang mencari-cari binatang buruan,Raja telah ternampak seekor rusa yang sangat besar.Raja berusaha mengejar rusa tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Namun,malangnya ketika Raja sedang leka mengejar rusa beliau telah termasuk ke dalam perkampungan orang asli yang menyembah berhala.Orang asli di kampung tersebut berasa sangat hairan kerana ini merupakan kali pertama mereka melihat orang yang berpakaian cantik.Jadi,mereka mengambil tindakan untuk menangkap Raja dan membunuh Raja untuk dijadikan santapan kepada berhala mereka.

Setelah persiapan penyembelihan dilakukan,ketua orang asli di kampung itu ditugaskan untuk memeriksa fizikal mangsa.Sebaik sahaja diteliti fizikal Raja,ketua orang asli tersebut terkejut melihat jari tangan Raja yang tidak cukup sepuluh semuanya.Jadi,orang-orang asli di kampung tersebut bersepakat melepaskan Raja kerana meurut adat istiadat mereka, setiap mangsa yang dikorbankan untuk dijadikan santapan berhala hendaklah sempurna fizikalnya.

Raja Sahlan berasa sangat bersyukur dan kembali pulang ke istana.

                     "Ampun Tuanku,beribu-ribu ampun patik ucapkan.Ke mana Tuanku pergi selama berhari-hari?Patik dan seluruh seisi istana berasa sangat kuatir terhadap kehilangat Tuanku.Semua Laksamana,Panglima,dan Bendahara telah patik arahkan untuk mencari Tuanku.Namun,tada seorang pun yang menjumpai Tuanku,"kata Panglima Hamdan dengan penuh rasa cemas.
Maka,Raja pun berceritalah dengan panjang lebarnya kepada Panglima Hamdan terhadap peristiwa yang berlaku kepadanya.

Tika Raja Sahlan sedang berehat di dalam kamarnya,beliau teringat semula akan kata-kata Bendahara Ahman dan semua peristiwa yang menimpanya.Raja berasa sangat sedih kerana baru kini dia merasakan kebenaran kata-kata Bendahara Ahman.
Tanpa berlenggah lagi,Raja Sahlan terus pergi menuju ke tempat kurungan Bendahara Ahman.
          
                   "Bendahara,Beta berasa sangat bersalah kerana melakukan tindakan yang kurang bijak seperti ini.Beta seharusnya berterima kasih dengan kata-kata dan doa Bendahara yang mengharapkan yang terbaik untuk Beta.Namun,baru kini Beta memahami maksud ayat Bendahara.Jikalau Beta tidak kudung pasti Beta akan dibunuh hidup-hidup oleh orang-orang asli di sana,"kata Raja sambil menyesali tindakannya terhadap Bendahara.
                   "Tidak mengapalah Tuanku,patik juga sebenarnya merasa bersyukur kerana diamasukkan ke dalam kurungan kerana jikalau patik tidak dikurungkan pasti patik akan menuruti Tuanku ke dalam hutan untuk pergi memburu.Dan jikalau patik ditangkap oleh orang-orang asli di kampung tersebut,sudah pasti patik yang menjadi korbannya bukan Tuanku,"balas Bendahara Ahman.

Selepas itu,Raja Sahlan pun menitahkan agar Bendahara Ahamn dibebaskan.Kini,seluruh isi istana berasa sangat gembira dan hidup dengan penuh kesyukuran.

                                       ~TAMAT~

MORAL-kita hendaklah bersyukur dengan apa sahaja perkara yang menimpa kita,tidak kira buruk atau sebaliknya.
-Walaupun kita mempunyai pangkat yang besar dan berjawatan tinggi,kita tidak boleh memandang remeh akan nasihat dan pandangan orang bawahan.

*Cerpen MUDAH-MUDAHAN ITULAH YANG TERBAIK tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.Cerpen ini sengaja dicoretkan sebagai peringatan dan panduan terhadap diri saya dan rakan-rakan yang lain.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang tahu bersyukur terhadap anugerah ALLAH.INSYAALLAH.
*Saya juga ingin memohon maaf jikalau cerpen ini tidak capai pada tahap yang diharapkan.Mungkin penggunaan bahasa istana dalam cerpen ini agak lemah sedikit.Jadi saya berharap agar rakan-rakan dapat meninggalkan komen membina agar saya dapat memperbaiki kelemahan diri dalam bidang penulisan.SEKIAN.

4 comments:

  1. ok.. aku suka! betul tu kena bersyukur dgn nikmat tuhan... baik buruk yg jadi tu ada hikmah disebaliknya... tapikan wei.. aku rasa kalau ang panjangkan lagi mesti lagi best =)

    ReplyDelete
  2. hehe.trimas!!..............aku tulis cerpen ni brdasar cerita seorang ustaz dalam ceramah.....hehe crita sampai yg dia crita jala.insyaALLAH aku cba perbaiki

    ReplyDelete
  3. hohoy...dah lengkap....=D
    best jugak...tp satu jaa kurang...
    pendek sangat...haha..
    good try n aq rasa x da apa yg kurang dah kot...
    p/s:aq x pandai sngt psl novel/cerpen nih...

    ReplyDelete
  4. hehe.thanx yup khairil sbb sudi baca............hahaha,lenguh naik menaip..insyaALLAH akan kekurangn akan diperbaiki.tq vm

    ReplyDelete