THAnx for all the supports dearies :)

Wednesday 4 January 2012

kenapa aku jadi pilihan untuk itu?

assLAMualaikum wbt~

setelah berlakunya dua hari detik yang menyeksakan..
hati mulai terasa tenang
entah apa yang menganggu hati sebelum ini..
rasanya bagai serba tidak sempurna..
semuanya menuntut sebuah pengorbanan yang tak terhingga.

mujur sekarang,rasa itu mula terubat
tapi ada tikanya kembali sebal dengan sikap
seorang lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati
Amirul Hadi b.Zainal Abidin.


aku tak tahu apa hutang aku padanya
hutang budi?tak pernah kebaikan yang dia lakukan untuk aku
hutang duit?jauh sekali..
setiap kali,jumpa dengan dia.. tak ada benda indah
yg dia boleh dan mampu buat...
semuanya hanya menyakitkan hati!!

puas juga diri ini bersabar,tapi adakalnya
apa yang dilakukan terlalu membatas sabar itu
tak tahu apa mahunya dia
nak kata kekasih pun tidak
nak kata kawan baik yang kenal beribu tahun pun tidak..
nak kata sahabat selamanya pun rasanya tidak juga

orang kata:
dia begitu kerana terluka dengan cinta lalu
sebab itu dia jadi begitu..
baginya,semua hati perempuan yang ada hanya untuk disakiti..
sampai hati kan?

tak usahlah bicara soal kecewa...
boleh dikatakan majoriti insan dalam muka bumi ini
pernah kecewa kerana cinta pertama
tapi sejauh mana diri dapat berfikir rasional
itulah yang akan membezakan kita ..

hati perempuan bukan itu disakiti
tapi unutuk dijaga dan dibelai..
bukan semua perempuan niatnya mahu menyakiti
jadi janganlah  terlalu dayus dengan melukakan
hati insan lain yang tak pernah bersalah..

tak ada insan dalam dunia ini yang mahu derita
terluka,terhina,kecewa
jangan hanya cinta yang tak sempurna yang lalu
kau  biarkan orang yang tak pernah bersalah terluka

cara yangkau lakukan terlalu menyakitkan
setiap patah yang dikeluarkan
adakalanya terlalu menghina

tak habis fikir hati ini
kenapa diri ini yang dijadikan pilihan
untuk dilukakan?

bukan salah aku,andai kau tak bahagia
bukan salah aku..jika dia yang tinggalkanmu
aku bukan dari sebahagian masa lalumu

letih dengan cara begini..
seolah-olah hanya kau yang biasa terluka
aku mampu  menjadi sahabat yang baik andai itu mahumu
aku jugamapu andai kau pilih untuk diisi kekosongan itu
tapi kalau kau pilih begini
dengan cara menghancurkan semuanya
aku tak ada pilihan lain
lansung aku tak ada!
melainkan,
menjauhkan diri dari insan sepertimu
untuk selamanya

membuang namamu dari kamus hidupku
itu takkan pernah aku sesali!

dan aku yakin

pasti aku takkan terluka lagi

sekian~
p/s:maaf andai diri ini tak begitu sempurna..
aku hanya HAMBA ALLAH yang terlalu hina
tak bisa bikin hati semua insan tersenyum
tambahan lagi tertawa bahagia...

p/ss:cinta aku padaMU takkan pernah berubah,ALLAH..


thanx untuk semua yang selalu mengerti...
sahabat dunia akhirat~