"BALENGGANG PATA-PATA,NGANA PE GOYANG.PICA-PICA,NGANA PE BODI.POCO-POCO,CUMA NGANA YANG KITA CINTA,CUMA NGANA YANG KITA SAYANG,CUMA NGANA SUKA BIKIN PUSING.........."-itulah antara lirik lagu poco-poco yang sering kita dengar setiap kali tarian poco-poco nak dimulakan.tak payah fikir panjangla.sebab tarian ni memang dah popular,dulu kat sekolah aku memamng dah terjebak dengan tarian ni.sampai2 aku pun terfikir tak ada tarian lain ke??...yalah,nak menari tarian ni pun sampai panggil orang lain untuk ajar.lagi pun tarian ni memerlukan kita tahu step by step sebab kalau tak tahu memang akan jadi tunggang langgang...dan memang dari awal aku tak suka tarian ni.mungkin jugak sebab aku tak suka menari..
-dipetik dari berita harian,selasa.5april2011
ok.back to our topic,lagu poco-poco ni berasal dari indonesia,dan gerak tarinya dikatakan berasal dari filipina.ia diatrikan oleh penganut kristian setiap ahad di gereja.Formasi gerak tarinya yang yang melenggang-lenggok dengan langkah diatur bermula dua kali ke kiri,dua kali ke kanan,kebelakang dan ke depan menimbulkan kontroversi hingga menjadi punca ia diharamkan di perak.
Gerakan tarian itu dikatakan membentuk lambang salib.Lebih menggerunkan maksud poco-poco itu dikatakan memuja roh menurut kamus Jamaica.Pengharaman itu sudah pasti mengejutkan pengamal dan penggemar tarian itu di seluruh negara apatah lagi apabila mereka lebih menganggap gerak tari itu sebagai satu senaman
Setakat ini,Jawatankuasa Fatwa negeri lain masih belum memutuskan hukum ke atas tarian yang dilihat lebih kepada bentuk riadah kepada pengamalnya.
Walaubagaimana pun, hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan pengharaman tarian ini dan Jawatankuasa Fatwa Persekutuan belum membuat keputusan mengenainya.
~Jadi,renung2kanlah.........segalanya terletak pada kita.rasanya kalau nak beriadah sekalipun banyak lagi cara yang boleh dilakukan dan diamalkan.tepuk dada tanyalah hati~sekian.
No comments:
Post a Comment