THAnx for all the supports dearies :)

Wednesday 21 December 2011

tapi bukan denganMU

assalamualaikum..

tika ini diri ini telah jauh melangkah
banyak yang ditinggalkan cukup indah
namun,
ada yang masih pahit untuk dikenang

tirai 2012,mula terbentang luas..
sama ada perjalanan itu sampai di penghujungnya atau tidak
hanya DIA yang tentukan..

berdebar rasanya unutuk terus berjalan
bimbang ia tidak seindah yang dibayangkan
bimbang andai jatuh diri ini di
ruang
sudut
tempat yang sama sekali lagi...

bimbang andai sekali lagi ianya terulang
diri ini tak akan mampu untuk terus pujuk hati untuk terus bertahan

namun,ini yang perlu hati ini akui
diri ini bukan sesiapa..
hanya hambaNYA yg sangat hina dan lemah
sering lakukan kekhilafan
membinasakan diri sendiri..

moga kini..
diri ini akan terus tabah..
seandainya masih lagi tidak sempurna
untuk miliki tempat di ruang hatiNYA
diri ini tetap juga mahu terus berusaha tanpa lelah

biar kecewa kerana insan lain
tapi bukan denganMU.

harapan itu tidak pernah pudar..
kerna aku sering menangis kerana mereka..
tapi  ENGKAU sering datang memujuk
memujuk hati..
agar tidak terus berada di lembah derita..

aku terasa indah
tatkala kesunyian menghimpit
kesepian tersepit
kerna aku yakin...selagi aku berjalan
di jalanmu
aku takkan pernah lagi terbawa kenangan lalu
yang mengusik jiwa..

Friday 9 December 2011

jom senyum~


ASSALAMUALAIKUM WBT~
nie ada sedikit perkongsian tentang senyum dan ketawa:
to:oulss my fren,especially emi syifaa'(sory dear lambat post entri nieh~)

15  Fakta Menarik :
1.1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.    Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3.    Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.    Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.    Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6.    Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7.    Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.    Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9.    Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.    enyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11.    Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12.    Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13.    Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14.    Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15.    Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
 15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa  15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa  15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa  15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa  15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa  15 Rahsia Dan Fakta Menarik Senyum & Ketawa

p/s:senyumlah meskipun pahit bagimu~Gambar lucu telur unik muka senyum | Gambar Lucu | Kartun lucu | Gambar Humor




Wednesday 7 December 2011

can smile AFTer a lots of hurt

ASSALAMUALAikum wbt...


after a lots of hurt...about dia itu dan ini..
now,,nak alih pada perkara yang paling penting untuk sem 1..
walawehlaa...semua orang da tawu kan ,result da kuaw......
yup,result matrik 4sem 1~
after mimpi ngeri,makan xlalu..mandi xbasah...<---kurang jujur di situ)
then,ary selasa-6/12/2011-3pm......
terPAmpang laa result tu DEKAT NOTICE BoARD...fuh,time tu aku rase cam duduk kat kutub SElatan je,sejuk satu badan even waktu tu panas terik...

first thing yg aku wat:naa.......cari dulu i/c n number matrik aku..whether di bold &dibesarkan ke tidak...(tawu knapa?)

if.i/c n numbr matrik kita di BESARKAN.....malapetaka besar pati akan menimpa
-xlulus
ditendang kuar
@
turun ke pDT(PROgram 2 tahun)

inilah..benda2 yg aku paling takut.everythings ak dah fikirkan..
mak aii.soklanye susah........jawab pn ntah ape2.......rasa cam cultur shock?erkk...
tapi ALHAMDULILLAH........
aku selamat.........kire pass laa kan??
then..pencarian diteruskan

DUSHHH....!!!
MS111350......930508.........
POINTERnya:3.5 n above....bapa??rahsia laa.......
waa......terus menangis belakang tangga....

unexpected..coz ape yg aku harap sikit sangat~

then bermulalah adegan drama,peluk cium..nangs sume ann...

hey,YOU~~happy cam dapat 4FLAT JAA??
MMG X 4flat.TAPI HAPPY SANGAT.....,sebab this is my first effort..even x flying colours..tapi..aku wat my mom n abah happy~CUKUpla kan??coz drg mmg tawu btapa suffer ny hidup aku kat kmpp ni.sebelum dapat suaikan diri....

ramai fren yg berjaya,ramai jugak yg kecundang~
tapi aku percaya.untuk sem 2 sume owg da ada semangat bawu........ape pun yg jadi utg sem 1.lupa kan jeLAH....
fokus utk sem 2~

n SYUKUR sngt pada PENCIPTAku...
kerana beri peluang untuk merasa sedikit kejayaan itu..
moga diri ini xmudah lupe diri..dan terus berjuang di jalan yg di redhaiNYA~



THANX PADA mak abah.yg banyak doa dan xputus2 asa melayang kerenah anakny yg ntah ape2 ni kan.....
thanx cikgu,pensyarah.sbb sudi bantu sy
thanx kawan2~

hug n kisses~special from heart

Friday 25 November 2011

Kembalikan Indah -



kadang-kadang

setiap permulaan harus ada penghujungnya

agar tampak lebih indah

meskipun pahit untuk dikenang


mungkin adakalanya dalam perjalanan itu

banyak hati yang tersungkur rebah

ada yang mampu terus bangkit

namun ada yang masih meminta untuk disembuhkan dahulu

setelah rebah..


mungkin adakalanya zahir jelas kebahagiaan

namun tak semestinya ia mengambar

apa yang tersirat di dalam hati..

raut wajah mungkin bisa menipu

namun hati tak mungkin dapat lari

dari hakikat yang mungkin melukakan


namun,

bagaimana kita bijak menyembunyikan itu

agar ia tak kelihatan

itu pasti bergantung..


ramai yang memohon KEMBALI INDAH

setelah segalanya malap

sunyi bagai tak berteman

pudar tak berwarna

luluh bagai disiat luarnya


tapi..,

mungkin ada tikanya

terlupa sejenak

kerna..

setiap yang berlaku itu

punya hikmah..


hikmah yang tak terjangka dek akal dan hati

hikmah yang mungkin lebih indah..

berhentilah menangis .

andai detik itu masih kelihatan..


kerna pasti..

yang patah akan tumbuh semula dan yang penting

yang hilang berganti..


janganlah berhenti berharap

agar INDAH itu DIKEMBALIKAN

ALLAH sentiasa menentukan yang terbaik..


percayalah pada kata hati

untuk kali ini..

pasti ada yang terbaik..


jangan terus merana dalam perasaan

yang dicipta sendiri

yang ditanggung sendiri

tanpa mahu memikirkan keindahan di hadapan

janganlah..terus membiarkan

diri malap tak berwarna..


segalnya perlu diikhlaskan

walaupun tak bahagia..

tapi melihat yang lain tersenyum

lebih dari cukup dan sempurna..


hati pasti akan terubat

tatkala yang lain tersenyum bahagia..

hati pasti dipujuk

mungkin dengan bahagia yang tak ada..


lepaskan segala kenangan yang indah itu,

jangan dikenang lagi..

kerana keindahan itu membawa derita

yang berpanjangan

dan membawa juga

air mata sesalan..


setelah merana..

jangan menangis wahai hati..

percaya pada bahagia yang dijanjiNYA

pasti ada yang terbaik..

pasti.....


bahagia juga akan DIKEMBALIKAN..


~SEKIAN~


assalamualaikum wbt..


Saturday 12 November 2011

u let me know?


lagu ni memang dah buatkan aku nangis,,
hah..kenapa kan??
kecewa dengan orang yang xpernah tunaikan janji..'

tapi..aku memang xakan tunggu lg..
I'LL NOT WAITING FOR U
..
menunggu untuk apa?
menunggu org yg xprnah rasa salah..setelah melukakan hati orang lain..

yup,ini sebab aku xnak join SEC-REUNION BATCH PMT(12.11.2011)
coz aku tahu..dia memang akan ada..
i just give a lot of reasons to them..

coz i don't want to see u
coz my mom will ask me about u again
n i don't want to lie anymore..
i don't want to tell my mom..tht u already have a girl..somebody else that touch yr heart..

i don't want people know what i'am feel
eah..i'm just write what i'am feel here..
coz i know..u wont't read this..

i'am just try to start something new ..
without love
i don't want to rush in love anymore ...
its really burden me..

oneday u'll see me as a new person that u doesn't know who she is..
n u'll regret...

n...u should let me know..
why all the such damn things happened to me..
u should realise it..
u should say sorry..
sory for everythings..'

don't simply smile to me..
don't simply talk to me like u doesn't know anything
dont't simply make me cry
dont't simply think i'm strong enough to face it..
..keyh.i'am stop here..
if u know..what i'am feel right now

u just need to go far away..
fikir macam kita xpernah kenal~
atau ...
kalau ada sedikit rasa
cakap ja MAAF~
itu dah terlalu cukup untuk aku..
jangan rasa macam xpernah buat salah..

mungkin nampak aku macam xkisah
tapi kalau betul2 tahu apa yang aku rasa..
aku xrasa...ada yang sanggup buat macam ni

keyh,yayah...biarkan dia pergi..
start something new again..
new second semester..
at matriculation college..
buktikan apa yang xpernah dibuktikan lg..
don't have to rush in love~

assalamualaikum..thanx pada semua,yg sangat memahami,dan xpernah memaksa serta berjanji.


.








Wednesday 28 September 2011

change it n private it.....~~sory guys..

Assalamualaikum wbt,
Satu perubahan besar telah aku lakukan..perubahan untuk memastikan hati tidak jauh..
firstly,aku dah tukarkan nama fb aku..
rasanya macam terkilan sangat bila terpaksa lakukan semua itu..
sebab nama tu,seperti mana aku guna dalam blog ni sudah cukup sebati..aku suka dengan perkataan "cahaya" itu sendiri...
tapi,semakin lama masalah yang berlaku ni dah terlalu mengguris hati..
sebab tu aku rasa rationalnya aku tukar nama misscahaya hidayah kepada nur hidayah.

tapi ada jugak kawan aku suruh tukar je kepada nama penuh aku..Nur Hidayah bt Md.Ali.,namun rasanya tak perlulah...bukan segalanya kita perlu lakarkan dalam fb..sebab bukan semua manusia punya hati yang baik.

actually,aku kecewa dengan sikap kawan-kawan aku yang suka guna MISSCAHAYA sebagai point untuk depa ejek aku di khalayak ramai..
aku xtaw knapa..
mungkin sekali dua aku bleh trima apa yg mreka buat,tapi untuk TIAP-TIAP hari ...goshh!!.......bukannya penting pun untuk depa ejekkan..sebab semua dah besar..knapa tak panggil DAYAH@YAYAH@HIDAYAH?......
sengajakan,nak sakitkan hati!!<---the best describe

so aku malas nak bising2..aku tukar jaa nama fb aku  tuh...ya!!merajuk!terkilan..
suka aty laa kan.. aku punya fb..
so pasnie pun nak ejek or kutuk lagi..aku deactive ja account fb...bukan masalah besar..xrespect privasi org langsung..
dan,..

aku jugak dah privatekan wall aku~~
aku tak tw knapa semua yang aku buat dijadikan BAHAN nak SEMBUR AKU!!
everything yang aku tulis semuanya masalah MASALAH DAN MAsalah..
SO,UNTUK hampa hampa hampa yang tak pernah faham apa erti privasi aku dah buang hampa semua dari boleh baca fb aku..DO I CARE??

lepas ni..dah xada point hampa nak kutuk or apa2 lagi..
..lagi satu cadangan:segala yang aku tulis ,dan hmpa semua tak suka..maybe boleh UNFRIEND ja aku..;atau gtaw aku untuk UNFRIEND kan hampa..senang kan?..
p/s:padahal apa yang aku post dalam fb xpernah kait dengan apa-apa pun pasal hampa..semua melibatkan perjalanan hidup aku...btw..itu fb aku kan...not yours..


so...hopefully it happy ending..
thanx yaw,sapa yang terguris,pandai-pandailah rawat sendiri
dan cuma ini sajalah cara utk aku rawat masalah yang hampa buat kat aku..
thanx kawan2 yg sentiasa faham dan support.love uouls!!thanx kinda.....

Wednesday 21 September 2011

setiap perjalanan~

assalamualaikum wbt

setiap perjalanan ada sukarnya

kadang-kadang masa terasa terhenti

kadang-kala juga terasa di medan derita

namun setelah kaki melangkah

tak kan sesakali menoleh ke belakang

meskipun ramai yang mengundur

aku akan terus bertahan

..
sememangnya,

perjuangan ini menuntut pengorbanan

masa,hati,jiwa dan segalanya

bisa menangis tika kegagalan itu berlaku

namun,

itulah perjuangan hidup

demi mengecap kebahagiaan

yang hakiki...

Thursday 15 September 2011

salam 1 malaysia~

assalamualaikum..wbt


AWAK AWAk awk.........mesti senyum kan sebab dapat cuti satu malaysia.................bapE ary???.......
3 ary kan??...........fUhh........excited nyaa.macam cuti 3 bulan jee..
selepaS beBERApa lama x mengupdate kan diri untuk beLOg ini.baru lah hari ni mendapat hidayah(<===nameku)untuk menaip......ngee
tapi xnak cakaP pasal 1 malaysia lah..sebab dalam radio,paper blabla...orang talking about that!!
soo.kita xyah nak formal sangat..cukup lah sekadar mengingati yg hari ni hari MALAYSIA..........OYEAhhh...
..
ok sekarang dah jadi fenomena kerana.....ramai orang telah memanggilku cahaya!!....ghost...
MIs cahaya..........!!erkk.nama di fb telah dikomercialkan.....fuuhhh,macam malu jugak laa bai..
tapi haruslah,yang dok guna panggilan tu budak LELAKI~~..........



err..aku xtahu kenapa...............sweet kowt??hahhaa
ade budak Dk....namanya aiz. dot dot dot...............dy cakap muka aku BERCAHAYA bile kna lampu spotlight dewan KUliah..........pergh........macam kelakar(tapi xx.............,sila jangan ketawa)..so nak cakap apa??agak tak ley trima laa statement mamat tu


...........tapi aku punya sebab kenapa cahaya itu digunakan dalam fb aku..
okeyh!!
miss-cik
cahaya-nur
hidayah-petunjuk
..btw,aku xletak lah miss cahaya petunjuk kan...........sebab macam GELI jeerr,kira berpada jugaklah nama misscahaya hidayah tu kan...
tapi "ana talak kisah maa"...........<---(walaupun kisah jugak)
as long as uouls jangan panggil yang pelik-pelik macam dulu............
sebab nama tu doa kan.......
mane lah tawu..awak awak awak panggil ak cahaya............lamelame muka jadi bercahaya kew........hahahha
okweh!!hari ni kegilaan bermasak di dapur telah berlaku..(sila puji)...ngee
nak tawu masak ape??.
siakap,lampam bakar
kari ikan
asam pedas ikan sembilang
air asam special
<----ini ak yang buat~~hahaha



 so..sape nak makan free.jemputlah kerumah ku~~stok terhad..untuk 15 minit terawal..
............oklah awak awak awak.nanti kita jumpe lagi...........sayang ketat-ketat!!
waalakumsalam...wbt

Saturday 6 August 2011

nak MELAwak tengok KEadaan la DER..

ASSALAMUALAIKUM wbt..
ingat..hampa korang uouls..
bukan semua benda kita boley wat lawak,SUKA-SUKA..
ada banyak keadaan kita perlu sangat serius..
..
..perangai yang "sUKA-SUKA" tu akhirnya dah menyusahkan orang lain..
tahu fade up?
FADE UP JADI BILA PERKARA YANG PENTING TAPI ORANG WAT main-main.

Mood:KECewa dengan sikap certain pihak yang bertanggungjawab dengan kata-katanya.
hey..aku dah cuba buat yang terbaik...tapi hampa wat camni!!
pagi-pagi lagi aku dah kena jawab bertubi-tubi soalan dari ustaz..
hampa senang-senang jaa jawab..OOO......"SUKA-SUKA" jaa antar mesej cam tu..
......baguslah kan..KEEP it UP!!...


that's no point laa der!!
..
mesti hampa xpaham 1 bijik pun kan..apa yang aku marah..
it's okey..ini cuma masalah perempuan ini dengan lelaki itu
ok?
x
..

Wednesday 3 August 2011

upS?RAya?

                                            assaLAMUALAIKUM Wbt..
                               




hari ketiga berpuasa,ALHAMDULLLAH..........
nikmat di bulan yang penuh keberkatan ini xkan pernah dilalui oleh bulan-bulan yang lain..ups pun dah selamat~cuma tggal 1 paper je lagi...........
well..kimia agak terus sikit rasanya..sebab XCUKUP MASA!!
.waa.soalan banyak gilerr.masa sikit jee..........mana boley~
.but today..exam maths ngn fizik............
ALHAMDULILLAH.i'll try my best

tapi sekarang ni mood nye nak balik!!
~kawan2 dah nyanyi lagu raya...semangat nak habiskan ups~keke
................esok last paper science comp~my favourite one.
wish me luck ok~have a nice day
selamat berbuka..+mood lapar+
assalamualaikum wbt

Thursday 28 July 2011

pukau?histeria?pecah masuk?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
.dingin petang malam ni membuatkan hari ini xseindah biasa
..letih dengan aktiviti harian membuatkan banyak aktiviti yang sudah terbiasa sudah tergendala..
Kali ni aku nak cecerita kisah yang tengah HOT di kolej aku..
                  apa yang berlaku telah menganggu banyak ketenteraman orang lain
ok,firstly...PUKAU
                PECAH MASUK KOMPEL a.k.a BILIK
                TERJUMPA BENDA-BENDA PELIK..MINYAK HITAM BAWAH PINTU..
                HISTERIA
.........Aku xtau apa yang sebenarnya terjadi..semua orang berada dalam ketakutan
pernah jugak berlagak seperti xpernah berlaku apa-apa..tapi,XMAMPU!!
setiap malam pasti akan kedengaran bunyi-bunyi perabot di setiap aras ..masing-masing sibuk ubah kedudukan meja,menyendal pintu..
xkurang ada jugak yang letak kerusi belakang pintu
batang penyapu...
masing-masing yakin bahawa sekadar kunci sahaja xcukup..

pihak kolej dan jugak pengarah pun masing2 minta pelajar supaya xambik kisah sangat pasal ni
padahal,setiap hari semua orang berada dalam ketakutan
apa point nak tenang??
selagi PENCURI tu xditangkap..xpernah ada istilah TENANG!!..

aku xtau apa tindakan selanjutnya..
sememangnya inilah pengalaman pertama aku,hidup sebagai pelajar kolej,tinggal di asrama..
tapi MEMANG inilah pengalaman aku aku pelajari..

mungkin ini haraga yang perlu dibayar untuk sebuah kebahagiaan
mmg apa yang berlaku banyak menuntut ertikesabaran
moga apa yang berlaku akan mendekatkan diri kita lagi pada ALLAH

...doa-doakan yaa....
bye~








moga ALLAH sentiasa pelihara hamba-hamba-NYA.

Friday 22 July 2011

pemerhaTI

ASSALAMUALAIKUM wbt
........DAH lama aku tak tulis deblog!mungkin kehidupan di kmpp yang sangat meletihkan,sibuk dan pening membuatkan banyak benda yang peru dicatu.......tapi alhamdulillah bila da boleh balik rumah ni rasa tenang la sikit..kurans sTRESS!!.....

kehidupan dekat sana sebenarya banyak menjadikan aku seorang pEMERHATI~~......
terlalu banyak benda yang baru..
dekat sini memang aku akui,majority merupakan orang-orang yang sangat hebat.........
tapi bila melibatkan hukum hakam,hubungan bukan muhrim,attitude,cara pemakaian memang banyak membuatkan aku geleng kepala.....

tinggi akal fikiran,tapi rendah ilmu agama
tiap-tiap ptang dekat sini ada sahaja di setiap sudut yang berdua-duan lelaki perempuan bukan muhrim..
sikap yang ditunjukkan umpama tak pernah punya agama..

kalau di sentuh bab dRESSING ke kuliah..dengan kain belah,nampak badan,tudung singkat GILER!!..memang tak dapat dinafikan lagi...
pernah jugak aku terfikir sama ada,mereka ni nak ke kuliah dan menunutut ilmu atau ke kuliah dan mencari kekasih,,

bab solat pula..ramai yang ambik mudah..........study lagi penting dari sembahyang???.....NAMPAKNYA niat ASAL mula terpesong jauh..
petang tadi ada seorang laki tu dengan rasa x BERSALAH cakap kat aku,kali ni kali ke tiga@kedua dia xpg semayang jumaat sebab malas.....then,dia cakapbila masuk kali keempat ponteng smbhyg jumaat,barulah dia akan pergi..
HEY GUY..berdosa besar tau tinggalkan sembhyang jumaat secara SENGAJA!!.....dosa besar..
kalau berjaya sekarang pun,belum tntu berjaya di akhirat...........SO,FIKIR2LAH.......

xkan xrasa malu,bila time susah ja nak jumpa ALLAH.....dan bila time bahagia berpaling dariNYA~astaghfirullah halazim

moga dijauhi



tika ini,yang bercakap pun bukanlah insan yang sempurna..tapi lagi terdaya mahu sahaja aku mohon padaNYA...AGAR sentiasa diberi TAUFIK dan HIDAYAH ALLAH1

INSYAALLAH

sekian slamat malam.............

Saturday 16 July 2011

...

merindui setiap detik yang pernah ditinggalkan

bersama adik-beradik yang lain

yang kini makin jauh membawa haluan sendiri....

Monday 4 July 2011

mencari...

tika sendirian di kamar sempit ni

termenung ku sendiri

perjalanan itu terasa sukar

nafas terasa sesak

pantas ku tenangkan jiwa

menyambut seruan ILAHI

moga ku temui kekuatan itu

dalam kesamaran ini..





..

Wednesday 29 June 2011

beribu sesalan~

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

finally...ALLAH show me the truth...
and my tears drop....
~dia mungkir janji~

Saturday 11 June 2011

rindu~

meneruskan hari-hari yang pasti meruntum jiwa
berpisah denganmu,umpama racun yang membunuhku
perasaan itu menghancurkan impian bahagiaku
tak tahu bagaimana untuk aku akhirinya
..
hanya DIA yang tahu perasaan itu
sentiaas ku berharap masa cepat berlalu
tika ku di sana
dan masa lambat berlalu
tika kita bersama
aku xbetah sendirian
sunyi tanpamu
air mata pasti akan menemaniku di setiap waktu itu.
tika rindu menggigit jiwa
mengingati dirimu mak...

Friday 3 June 2011

maTH GAme-aSSIgnmENT

http://math.rice.edu/~lanius/Lessons/calen.html



salam..ni laman web ni...teka ni dlu ...http://math.rice.edu/~lanius/Lessons/calen.html
.game ni yah kena bwak kalender..contoh kalender bulan 6..pastu yah suruh kawan yah pilih 4 number yg berbentuk segi empat..contoh dlm laman web tu 18 , 19 , 25 dan 26..tp jgn bgtau yah nombor apa yang dia pilih..cuma bgtau jumlah number tu..maksudnya 18 + 19 +v 25 + 26 = 88.. pastu yah kena teka..nombor apa yg dia pilih..ala2 magik la...yah guna formula ni jer.....
anggap nombor pertama ( no 18 ) sebagai n...dan nombor ke-2 ( no 19 ) mesti n+1 .pastu no ke- 3 ( no 25 ) mesti n+7 ( sb cuba bilang dr nombor pertama ada 7 nombor sebelum dia ) dan nombor ke 4  n+ 8 jadi
n+n+1+n+7+n+8 = 88 ( jumlah nombor yg dia bg kat yah )...then cari n
4n + 16 = 88
4n = 72
n=18 ...jdi kita tau la n = 18 ...then no ke-2 ( 18+1 ) = 19...no ke - 3 ( 18+7) = 25 then no ke - 4 ( 18+8)= 26...jdi magik math..hehehhe
skg jube yah teka apa 4 nombor ni ... jumlah 4 nombor adalah 36 guna kalender dlm laman web ni..guna cara yg sama
n+n+1+n+7+n+8 = 36
...... 

Saturday 28 May 2011

berMULAnya @kmPP..........

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh......

setelah sekian lama(baru seminggu) di KMPP mmg meletihkan.actually sebelum ni orang ada jugak cakap orientasi XBEST!!,tapi,kali ni aku rasa macam ok jee.walaupun aktivitui dia padat...............hahah,rasa macam nak berorientasi ja selama setahun!!kakaka........
Aku dah tekad ini adalah jalan yang akan aku lalui
minggu depan hari isnin,kuliah daj bermula............based jadual yang aku dapat memang padat jugakla,tapi ramai yang berjaya@kmpp........so,insyaALLAH aku jugak mampu berjaya disana......
Macam-macam aktiviti yang ada kat sana..........yang paling banyak mestilah,TARI-MENARI tu..menari BANANA,AYUMI,GEMURUH,EKSTRAVAGANZA............xkurang jugak ada TARI-MENARI yang aku sndiri xtahu nama apa.............fasilitator kat sana pon bes-bes jugak,especially KAK NAD,KAK BIERA,ABANG IKI,ABANG FARHAN............semua fasi @kmpp adalah ex-kmppians..mmg terbaeklaa,cara mreka handle LDK......
mentor aku plak merupakan,mak kawan aku!!adoii......mmg knal laa.+jiran sekali...........hehe,aku harap aku dapat mnimba ilmu sebanyak mungkin disana.
ini rakan-rakan baru ku yang satu praktikum..abu nizar,afnan,haikal,taufik.khairil.,khairul,anas,didiy,amalina,syifaa,wafa,yasmin.......umm.lagi??...........i'm not remember.......aku dilantik jadi penolong praktikum disebabkan perangai aku yang tak tahu malu mnyuarakan pendapat dan pandangan setiap kali LDK diadakan............hopefully aku dapat laksanakan tugak dengan baik.walaupun,aku sndiri dah tekad utuk kurangkan KE-GIAT-TAN di kmpp.........sebab masa yang aku ada hanyalah sekejap,dan perlulah digunakan sebaiknya.....
Roomate aku jugak baik2..........IMIM,KAK AISHAH &HAZIRAH.........depa faham hak masing2.dan respect kawan-kawan...esok aku akan pulang ke kolej.........mmg berat rasanya untuk tinggalkan MAK,ABAH,ANGAH,IP,AJIM,ALONG...mudah2an inilah yang terbaik.............dan aku akan terus semangat!!

~selamat malam~

Friday 20 May 2011

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

KENAngan lalu yang pasTI DIKenang..

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatu..
(ada ustaz cakap kalau kita bagi salam dan jawab salam panjang :waalaikumsalam warahmatullah hi wabarakatu kita akan dapat pahala lagi banyak berbanding kita bagi atau jawab salam pendek:wasalam..so,tepuk dada tanyalah iman)

Ok,kali ni aku nak post untuk bawak rakan-rakanku yg mungkin baru kenal dengan aku atau dah lama kenal dengan aku untuk kembali mengenang masa-masa muda(erkk..)dulu...macam biasalah,hidup ni bagaikan warna,bermacam-macam warna......ada yg cantik,ada yang tak cantik.....tapi kali ni aku nak kongsikan story tentang perkaraaaaa yang indah bagi aku,dan pasti ku kenang hngga selamanya.cewaaahhhhh...........TAPI kan aku heran bn.pelik jugaklaa,sebab kadang2 bila aku sengaja tanya balik kawan-kawan pasal kenangan lama,zaman bebudak yg pernah mereka lalui,pasti kamu kamu dan kamu akan LUPA!!.......begitu mudah anda LUPA  dengan zaman yang sangat indah itu??.......ish3......kesian!!

ok......skarang aku nak start dengan story zaman aku sekolah RENDAH.
kat mana??
sekolah KEBAngsaan TAMAn ria.
.
~aku ingat lagi,masa tu aku sekolah petang,tahap satu(darjah 1,2,3)zaman pakai skirt pergi sekolah kan..hehe,..bila pergi sekolah ja,sebelum tunggu loceng bunyi nak masok kelas,aku pasti akan ke sebuah pondok belakang sekolah untuk main ZIROPHOIN..(apa tu??)hahaha.........certanya budak-budak sekarang,tau x main ZIROPHOIN??......hahaha,ramai yang tak tahu laa jawabnya..
(ZirOPHOIN tu aku buat guna getah..getah yang banyak di cantum antara satu sama lain sehingga panjang,then,..2 orang rakan akan pgang di setiap ujung getah untuk dipusing2kan sambil nyanyi..so,peserta lain akan lompatlaa dekat getah tu)..kurang lebihla.....tapi ziroPHOIN ni xmasuk lagi dalam PERMAINAN TRADISIONAL.....ntahlaa......dah LAGENd KOT!!
SO Lepas puas main tu.............bila masuk kelas ja,mesti bereluh-peluh..then balik rumah ja,,kena marahlaa sebab baju hari-hari kotor..hehe,kenangan-kenangan..

then,masa aku darJAH 2 atau 3.....mak belikan aku pensil warna LUNA yang baru,,pergh,,memang best gila laa.sebab zaman budak-budak,dapat warna baru,,memang excited habis nak pergi sekolah..lepas 2 tiga minggu guna warna tu......TETIBA,pensil warna aku kerna curi..PERgh...........sedihnya!!,bila aku tanya kawan-kawan pon seorang pon tak tau kaler aku dekat mana.....so,bila hari demi hari masa berlalu..tetiba aku terdetik nak pinjam kaler seorang budak laki ni,then..bila aku tengok je kaler dia,dekat kotak tu ada nama aku walaupun still kabur sbb budak tu dah contengkan bahagian yg aku tulis tu dengan pen..then,atas nama aku ada nama budak tu,MOHD NAZMI!!..........dia curi kaler aku!!..aku terus ambik balik kaler aku senyap-senyap..lepas kejadian tu,aku dah xbawak kaler yang dicuri itu ke sekolah lagi..so untuk budak tu.......nama ANDA sudah tertanam dalam ingatan saya sebagai pencuri WARNA PENSIL ku.........hahaha

sekolah TASEk apong(laKE FLOAT)??okleaa.heehe

aku pindah ke  sekolah lake float tu,darjah 4!......masa aku darjah 4,aku dapat kelas 4 aDIL!!..aKU dilantik jadi pngawas pusat sumber..biasalah baju pengawas pusat sumber time tu mmg KREND...hahah.baju kemeja+blazzer+kain SENYUM..hehe
aku ingat lagi,oneday ada seorang budak laki,, HAFIZAN ARIFIN kena ASTHMA dalam kelas.lepastu cikgu ROSMAh(cikgu BM)baringkan dia atas meja.CIkgu buang baju dia supaya senang nak bernafas.TIBA-TIBA kan,cikgu bagi arahan dekat aku
"Hidayah tanggalkan blazzer kamu,bagi dekat saya.Saya nak tutup badan hafizan.."
dalam hati aku.."biaq betoi,cikgu nak tutup badan budak laki tu dengan baju aku..ish,xmaulaah..geli!!"
pastu cikgu terus mendesak aku suruh tanggalkan baju tu..SO,dengan muka HANCUR+KECEWA+XPUAS HATI.......aku pun bagilah blazzer tu dekat cikgu..

ZAman sekolah ni........memang sangat indah..especially sekolah rendah
so.xpelik kalau ada cinta MONYet..tett.........maaf siaran tergendala........xada niat nak cerita..sooRY GUYs!!hehe...siapa dia??xpentinglaa.........yang penting,he is my friend,today!!ONLY FRENZ!!.haha..shut,

kelaS MENgaJI farDU Ain,taman rIA..(kafa)

SUATU HAri tu,mungkinlah DARJAH 4 ATAU 5...lepas je tamat kelas kafa,aku ajakla MIERA SAID(teman baikku..) teman aku pergi beli makanan di seberang masJID,tempat aku mngaji tu..rakan-rakan lain pulak,ada yang tnggu MAK CIK WAN,dan ada jugak yang pergi kedai MAK CIK SIAM atau kedai aiskrim malaYSIA pakCIK ya untuk beli jajan...........hahaha....tapi,hari tu kononnya nak ubah mood,jadi aku decide nak beli chaR KOEW teow!! DI SEBERANG JALAn tu....jadi proses masak-memasak tu mmg lambat giler la kan...jadi tunggu punya tunggu siaplah pesananku!!...........then,aku ngn miera said pon terkocoh-kocohla lari ke tempat aku dan rakan-rakanku tunggu van MAK CIK WAN..
can u imagine??......bila kami sampai je tmpat tunggu van,tiba-tiba kawan lain xada kat sana??XADA KOT...
TInggal aku ngn miera!!berdua...........yang lain dah balik.KAMI .KENA TINGGAL VAN!!dalaa rumah jauh.......plus minus 10km...xkan nak balik jalan kaki??........masa tu budak lagi..tapi dah xada jalan lain dah..NAK telefon UMAH ,tapi pubLIC phone rosak..so,kena balik JALAN KAKI!!......
dalam perjalanan balik tu,hanya TUHAN yg tahu betapa remuknya hati ku.........sampai hati MAKCIK WAN tinggai kami!!kalo bab marah tu xyah tanya la kan............jalanlah kami berdua..lebih kurang 4km.TIBA-TIBA...aku ternampak PEX 53(waja,kaler SILVER)milik abahku.............ya..........ABAH!!,abah di seberang jalan tengah beli MEE REBUS!..terus aku berlari kepada abah.dari situlah .bermulanya episod adu-mengadu ............hehe

lokasi;SMTsp2..@kuaters warden......(rumahku,syurgaku)

stori ni pulak,tentang GAME yang aku akan main tiap-tiap petang dekat dataRAN Blok b zaman BEBUDAK dulu!!.....certeka certeka??.....APA??..........tuJU KASUT!!YEAh..geng aku..MIERA said,husnul hadi,hazim USTAz,atikah,ani ,sYAFIq said,kak LONG,kak cik,bang cik,naBILA,ajim kecIK........ramai kan??.......mmg tiap-tiap peang inilah kejer kami.........serONOK SANGAt!!..KADAng-KADANG MAin sampai gaduh,pastu terus xmau kawan..hahaha,,,,,,,esok plak bila nak maIN Lagi,erus baik semula..tapi geng laiki suka tuju kasut KUAT!!,cis........taPI sekarang dah bertahun aku xmain game ni..RINDU SANGAT..+rindu kawan-kawan tuju KASut!!dah ramai yang terpisah jauh..

SEkolah menengah seRI BADOng

-tingkatan 1__KEnangan yang tak indah,tapi AKAN ku kenang selamnya..kadang-kadang bila ingat balik,mmg aku akan tersenyum sendiri..
kenapa??
aku tinggal di asraMA SELAma sehari!!ok........aku repaet,SEHARI!!..aku,memang xboleh follow dengn kehidupan di sana..kena mandi ramai-ramai..,..blablabla.......then,cukup je sehari,aku terus call mak........YAYAH NAK BALIK..........air mata pon mngalir.........hahaha..then lpas kjer mak aku terus ambik aku bawak balik.sejak dari itu,xpernah ku jejak dan xakan jejak lagi ke sekolah menengah SERI BAdong..

SEkolah menengaH BANDAr,sg.pETAni

tingkataN 2~~umm..........hehe,pernah x anda bayangkan suasana pabila 2 orang perempuan brgaduh dengan seorang lelaki di hadapan ramai orang........??
al-kisahnya begini,seorang budak  lelaki ni namanya MOHAMAD DANIAL BIN AZIZAN(amik kaw..)mmg sering ganggu aku dengan kawan aku,NAJWA..dia selalu baling pemadam yg telah dihancurkan dekat kami...aku xtaulah apa MOTIF DAN MODUL OPERANDINYA..aku xtahu k..so,satu hari tu,bila dah fadeup sangat-sangat,kawan aku,NAJWA marah dia..masa tu,mmg FACE TO FACE.sejengkal ja lagi  nak kena kulit each other..then.budak tu still buat perangai biadapnya..so,apa lagi.saraNG TEBUAN JANGAN DIJOLOK......kawan aku terus tolak budak tu.........(ACTUALLY,budak tu pendek dari kami.....perghh.........tapi tahap biadapnya,mELAMPAU!)).lepas tu,start lah tolak2 ni...aku yg pada mulanya hanyalah TIANG yg terpacak melihat,..terus mula memainkan peranan..utk mmbela rakanku!!..........aku marah budak laki tu..tiba-tiba ja.budak yg aku panggil MAD tu,terus tolak aku smp kna meja.....then,kawan aku tarik baju MAD ,then,kawan aku tendang dia..(kawan aku,perempuan tau!!))HAHA.....MAD pun mestilah nk pertahankan dirinya,DIA pON TNDAng balik, termasuklah aku juga di tendang.........HAA...I BALAS BALIK LA!!......kawan aku apa lg terus bg penampar dekat dia..TERUK JUGAKLAA MAD KENA!!........location masa tu dalam kelas..mmg ramai TIANG-TIANG yg terpacak melihat SAHAJA!!bagi SKONGAN PULAK TU,almaklumlah,cikgu xada.then waktu tu pakai baju PJ !!......adoi..
tETIBA,loceng pulang pon  bunyi..LOCENG yg jadi PELERAI pergaduhan kami...
pemenangnya??............GENG PMPUAN LAAA..........
tapi sekarang bila aku kenang balik,mmg memalukan...jadi bila dah semakin dewasa sekarang ni..pemikiran pn lebih matang..segala yg berlaku ,pasti XKN berulang lagi........CUma dijadikan kenangan jelahh......at least bila tua nanti,adalah jugak cerita menarik nak ceritakan dekat ANAK-ANAK DAN CUCU.AHAKS!!.....
lepas peristiwa tu,mmg aku xbertegur sapa langsung dengan MAD......aku pin dah jd lebih feminin,(cewahh.)............dah taubat....KENANGAN, mematangkan kita..

FIrst TRUE love jugaK BERLAKU DI sekolah menengah...bukan CINta MONYET LAgi k!!..
tapi xperlulah dikenang.........kenangan lalu yg mngusik jiwa,(cewaahhhhh.........)hahaha...sekaranga ku memilih sendiri......memilih cinta pada ALLAH....aku bahagia!!pilihan aku XSALAH.....untuk cinta yg baru.biarlah masa dan takdir yg menentukannya............mungkin lepas ni cinta selepas khawin??.....WHY NOTT..........insyaALLAH..ACTUALLY,mmg kenangan dan sejarah laam banyak mematangkan diri kita sebagai manusia..........jadi aku PUAS MELALUI SEMUA kenangan ini..

seKOLAH teknik sungai PETAni 2,kedaH..

-tingkataN 4~~FIRSt daY AKU KE sekolah NI SEBAGAI PELAJAR...........CUMA ada 4 orang sahaja di dalam kelas..4ORANG!!.aku,MIERA SAid(dia lagi kan............,besar perananya dalam hidup aku),farahin, dan ninie..punyalah boring sangat-sangat,kami BOLeh DECIDE nak maIN RODA impian DALAM kelas,mainPOP kuiz!!pergh....mmg FUN gileerrr..banyak game yg kami main,,,,,..lepas pada tu,bila dah ada second intake,third intake..DAN BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS TU PUN SEMAKIN BERTAMBAh,kami masih lagi bersama secara automatiknya,menjadi sahabat yang sangat akrab........KEMANA pergi bersama!sweet kan.?so,xhairanlah jika cikgu mmg rapat dengan kami,sbb kamI FIRSt generaTION DAlam kelas tu..hehe..+kami anak CIKGU,warden dalam sekolah..
psstt........ramai yg jeles tau,bila cikgu rapat dengan kami!!gagagag........


SEkarang.location;rumah,BANDAR laguna merbok
aku.....MENERUSKAN KERJA menaip.......saper yg rasa aku syoq senirie sbb tulis ceriitaaaa ni dalam blog,XKISAHLAH.aku sukaaa!!!...............my blog kan?hehe.....sooory........
dalam beberapa hari lagi,aku akan sambung pelajaran ke MATRIKULASI PULAU PNANG.......cuma jalan ini yg ku rasa terbaik.aku mahu tebus keKALAHAN,KEKECEWAAN,kedukaaN,KESAKITAN masa lalu.....moga rakan-rakanku,dapat doakan kejayaan aku disana......amin....dan cita2ku sebagai PENDIDIK tercapai....INSYAALLAH..........

SO,inilah kurang lebih yang aku boleh cerita untuk bawak kawan-kawanku kenang semula kenangan masa semalam....xramai yg kenal aku dari kecik macam MIERA SAID..jadi,kamu kamu kamu semua dapatla tahu sedikit cerita ku masa lalu.......mungkin hampa yg baca,xrasa apa2 kan..............atau ADA RASA??.....tapi,kenangan2 nilah yg aku akan ku kenang sampai mati..

~kenangan bersama MIERA SAID pasti akan terulang lagi,sbb dia akn bersama dengan ku @KMPP!!.......u're the best frenz dear......aku xde reward nak bagi dekat hg...........tapi percayalah,pasti ada lagi nama hg dalam blog aku lepas ni..sebagai insan yg sntiasa bersama aku SUKA DUKA.....

thanx,semua!!ALHAMDULILLAH......
assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatu...