Di dalam istana,
"Bendahara Ahman, hari ini Beta telah pergi memburu di dalam hutan Anginjan.Beta telah berjaya memerangkap seekor kijang,oleh itu,Beta berharap agar Bendahara Ahman dapat menyuruh tukang masak istana menyediakan masakan yang paling sedap dengan hasil buruan Beta,"titah Raja Sahlan.
"Bailah tuanku,mudah-mudahan itulah yang terbaik,"balas Bendahara Ahman.Selepas itu Benndahara Ahman terus menuju ke dapur istana untuk menyampaikan pesanan Raja.
Pada hari berikutnya,Raja keluar memburu lagi.Namun pada petang itu Tuanku keluar sendirian tanpa ditemani oleh para pembantunya.Ketika Raja Sahlan leka memburu kijang didalam hutan untuk dijadikan santapannya pada hari itu,beliau telah diterkam oleh seekor anak harimau liar.Anak harimau itu telah mengigit jari Raja sehingga kudung.Namun begitu,mujurlah ada seorang hamba yang bernama Pasman telah berjaya menembak anak harimau tersebut.Pasmah telah membantu Raja dan menghantar Raja pulang ke istana.
Seluruh istana berdukacita dengan nasib yang menimpa Raja.
"Beta tak sempat menembak anak harimau itu.Tak guna betul!Menyesal rasanya kerana Beta tak benarkan Bendahara Ahman pergi bersama Beta.Kalau tidak pasti sehingga ke hari ini Beta masih mempunyai jari ibu ini,"luah Raja Sahlan pada Bendahara Ahman sambil menunjukkan jarinya yang kudung itu.
"Tuanku,Patik turut berdukacita dengan malang yang menimpa Tuanku.Mudah-mudahan itulah yang terbaik buat Tuanku,"balas Bendahara Ahman
Air muka Raja Sahlan sudah mula berubah tatkala Bendahara Ahman berkata seperti itu.Raja merasakan dihina oleh Bendaharanya sendiri.Namun,riak wajah Bendahara Ahman kelihatan bersahaja.
(akan bersambung..................)
dayah awat pendek sgt..huhu baru nak feeling2.. hehe
ReplyDeletedia da part2........klik yg bahagia kedua pulak,sambungan.hee
ReplyDelete