.. .Prangg..........berderai gelas kaca yang dipegang Aya,sekaligus berderai jugaklah lamunannya yang sebentar tadi.
"Astaghfirullah halazim........,apa yang aku fikirkan ni..sampai jatuh habis gelas air aku ni"..mujur Mak tak ada,sempat lagi aya bermonolog dengan dirinya
Pantas sahaja isyarat sampai ke otaknya dan tangannya bergerak mencapai batang penyapu di sudut gelap dapur rumahnya.Tiba-tiba baru saja Aya mahu menoleh ke belakang untuk sapu sisa-sisa kaca lain yang bertaburan,terus dia terlopong melihat kakaknya yang sudah bercekik pinggang dengan mimik mukanya persis kakak tiri Cinderella.
"Ha.............kau pecahkan gelas mak...aku bagitau mak bila mak balik kejap lagi.."ugut kakaknya.
"Itulah,bila buat kerja tak pernah nak fokus.mengelamun tak habis-habis.....nanti apa kau nak jawab dengan mak bila mak tahu yang kau dah pecahkan gelasnya?........tak habis-habis menyusahkan orang saja.........,bodoh..."kakak terus mengherdik Aya seolah-olah lupa bahawa orang didepannya adik kandung,seibu sebapa,sedarah sedaging..."mungkin dia lupa agaknya,"bisik hati kecil Aya..,hatinya mula tersentuh dengan kata-kata itu,sangat menyakitkan,Namun,baginya itu perkara biasa.Bukan pertama kalinya dia mendengar semua itu,sepanjang hidupnya iatulah yang ditelan oleh insan yang bernama, Aryana Ahmad Aziz.
Lepas beberapa minit emak pulang kerumah terus sahaja berita tadi tersebar .Aya tahu itu pasti angkara kakaknya yang tak pernah puas menyakitkan hatinya.Kakak yang pertama dan terakhir.
Bagai sudah diduga,meskipun di luar rumah angin dingin bertiup kencang bagai tidak ada rasa malu untuk berhenti tetapi lain pula di dalam rumah Aya,namun dia sudah mula berasa bahang lava yang mula meluap-luap dan bakal memuntahkan semuanya sekejap masa saja lagi.Ibunya mula memandang wajahnya tanpa kelip sedikit pun dan kakaknya pula sudah mula terenyum sinis padanya.Barangkali kakanya merasa puas pabila dimarahi oleh ibu.
"Bodoh!,Anak bodoh...........dari kecil sampai besar engkau tak ernah menyusahkan aku.Dari bapak kau hidup sampai dah reput dalam tanah pun engkau masih lagi bagi masalah dekat aku,"dada emak mula turun naik,muka emak merah padam macam buah delima.Dengan jelas sekali aku melihatnya.Ya,ibu sedang menahan marahnya kepadaku.
"Apalagi yang engkau nak?.......Aku benci ada anak bodoh macam kau!!"lantang emak lagi.
"Sudahlah mak..Tak guna mak cakap dengan budak ni,bukannya dia faham bahasa melayu
pun.Dia kan bodoh.."kini kakak mula bicara.
Air matanya mula mengalir."BODOH".itulah perkataan yang harus dia telan saban hari.Hatinya mula berbisik sendirian dan dengan pantas pemikiranya melayang mengenang sejarah lalu,sejarah yang tak mungkin akan dia lupa samapai bila-bila.
".Itu semua kerana kejadian 10 tahun lalu,kerana kemalangan itu.!Kemalangan itu yang mengheret aku sehingga menjadi sebegini rupa.Abah mati sebab kemalangan itu.Dek kerana tak sanggup melupakan kejadian yang meragut insan yang tersayang itulah,dia menjadi tekanan,.Hidupnya tertekan dan dirinya membawa kepada kemurungan .Semua orang menyalahkan dirinya tentang kematian abah."
Aya kecewa memikirkan segala yang menimpanya.Semua orang menyalahnya.
Embun panas mula mengalir diwajahnya.Itu sahaja yang mampu dia lakukan tika ini,moga emak mengerti perasaannya.
Pang...........satu tamparan singgah di pipi kananya.Tangan tua emaknya masih lagi terasa berbisa tatkala menamparnya.Tapi,Aya merelakannya kalau itu harga yang perlu dibayar untuk menenangkan amarah emaknya.Baru sahaja emaknya mengangkat tangan kiri untuk menmpar pipinya yang sebelah lagi,tiba-tiba wajah emaknya menjadi pucat.Emak berundur kebelakang setapak.Tangan kanannya memegang kepala.Belum sempat jam berdetik menghabiskan pusingan jam,emaknya rebah ke bumi tak sedarkan diri.
Selepas beberapa jam di Hospital Pusrawi,emak mula tersedar.Kelibat kakak langsung tak nampak.Mungkin dia keluar bersama teman lelakinya yang aku lihat tadi.Mereka beriringan mnuju ke motosikal RXZ berwarna hitam milik teman lelaki kakak.
Aya mula mengenggam erat jari-jemari emaknya tatkala melihat reaksi insan yang tersayangnya itu yang mulai membuka mata.
"Mak...........ni Aya...Mak,Aya mintak maaf sebab dah buat mak jadi macam ni.Aya tak nak kehilangan mak.Aya tak boleh hidup tanpa mak.Ampunkan Aya........"rintih Aya pada emaknya meskipun dia tahu bahawa emaknya masih lagi marah padanya.Amarah emaknya masih bersisa walaupun dia kini terlantar di hospital dek kerana penyakit darah tingginya yang menyerang.Aya tak pasti sampai bila perasaan emaknya akan begini.
Saban hari Aya menjaga ibunya tanpa rasa lelah atau penat sekelumit pun.Dia tahu syurga di bawah telapak emaknya dan didalam hidupnya kini hanya ada emak dan kakaknya sahaja.Abah tak mungkin kembali.Abah dah lama pergi dan pasti bahagia disana.
Tapi dimana kakak?
Sejak emak terlantar sakit,tak pernah aku lihat batang hidungnya.Malah di rumah pun aku tak melihat kelibatnya.Dia masih marah padaku?
..."Huh........"hanya dengusan yang keluar tika ini.Emaknya tak habis-habis memanggil kakaknya.
Tetapi yang sedikit membahagiakan dia tika ini bila,emaknya mula kelihatan berlembut sikit padanya.Tiada lagi 'BODOH" itu......walaupun kadang-kadang Aya melihat ibunya seperti cuba mengelak dari bercakap dengannya,barangkali emak masih sakit...Itulah telahan dia fikir setiap kali persoalan itu menjengah di lubuk hatinya. Pada satu malam dingin,Aya terjaga dari lenanya.Dia merasa ada seseorang yang mengucupnya.
Tatkala matanya melirik mencari milik siapa kucupan itu, Aya mula dapat menangkap wajah kudus emaknya.
Ya,emaknya yang mengucup dirinya sebentar tadi..Mungkinkan aku bermimpi?
Terus sahaja Aya memetik suis lampu meja yang ada di tepinya itu.Lampu meja yang disediakan oleh hospital untuk kemudahan pesakitnya.
Terpana Aya melihat ibunya menangis sambil memandang ke arahnya.Terkumat-kamit mulut emak tika itu seperti mahu meluahkan sesuatu.
Aya memandang wajah emaknya......Wajah yang dirindui.Tangannya semakin erat mengenggam jari-jemari emak,biarlah emak merasakan apa yang dia rasakan kini.Aya pasti kebahagiaan akan menjadi miliknya sebentar lagi.
"Adik.......emak minta maaf atas segala dosa emak pada adik.Emak mintak ampun dik...,mak dah buat adik menangis,terluka...mak mintak ampun adik......"
Emak menagis teresak-esak sambil memeluknya seakan-akan tak ingin melepaskan dirinya.
"Mak............"bergetar-getar suara Aya..Aya cuba mengambil berjuta kekuatan untuk berbicara dengan emaknya kerana dia bimbang emaknya akan memarahi dirinya.
"Adik.......tak pernah marah mak.Adik sayang mak.Adik hanya ada mak dengan kakak,adik tak pernah kisah bila mak marahkan adik.Adik tak pernah benci mak..........Adik mintak ampun sebab adik dah banya menyusahkan mak."Aya dan emak saling berpelukan.
Baru kini dia baru berpeluang menggunakan panggilan "adik" setelah dia tak gunakannya lebih kurang 10 tahun lalu.
Baru kini dia rasa seperti hidup kembali.Baru kini dia dapat merasai pelukan hangat emaknya setelah sekian lama dia berharap.
Baru kini dia merasa bahagia.
"Terima kasih Tuhan.....Terima kasih abah,sebab selalu muncul dalam mimpi adik dan bagi kata dorongan pada adik agar tak membenci mak.Terima kasih sekali lagi sebab abah selalu pujuk adik setiap kali kita berjumpa di dalam mimpi,"katanya dalam hati.
Aya memanjatkan kesyukuran pada Tuhan kebahagiaan yang dia kecapi sekarang ini dan dia juga bermohon agar Tuhan bukakan pintu hati kakaknya untuk berubah dari terus hanyut.
Biarlah dia merasai kebahagiaan ini bersama kakaknya itu juga kerana ARYANA SAYANG KALIAN......ABAH,EMAK DAN KAKAK.
Aya yakin pasti setiap perkara yang bermula akan berakhir.Dan dia yakin kini,kemarau hidupnya telah tamat.
(Assalamualaikum,cerpen ni tak ada kena mengena antara yang hidup atau mati.Sengaja aku lakarkannya di tengah malam untuk jadi santapan rakan-rakanku di blog.Ini kali pertama aku menulis cerpen di blog dan aku amat berharap sokongan dari rakan-rakan dan juga komen.)_trimas_
nice one dayah...
ReplyDelete♥ it... =)
thanx yup............
ReplyDeletewahh....hebat3...
ReplyDeleteang buat aq nangis t'ingat mak aq....
hahaha.....:P
adoiyai............sory2 nah.........hehe.thanx sbb sudi baca!!
ReplyDelete