kenapa begitu mudah nafsu kuasai diri?
maruah nak diletakkan di mana??
rasa kecewa?
hambakan diri pada cinta
hingga lupa dosa pahala
lupa pada masa depan
lupa pada masyarakat
lupa pada ALLAH!!
ini soal rakan
yang besar seiring
mencari ilmu
aku harap kita berjaya
tapi begini akhirnya
tatkala aku mendapat khabar ini
sungguh ku harap ia bukan hakikat sebenarnya
kerana kita terlalu muda
tapi aku silap
memang ternyata hakikat itu
aku kecewa
mudah-mudahan ALLAH beri kau petunjuk
dan juga
ALLAH beri aku kekuatan
untuk terus berada di landasannya
kini aku tahu
kenapa cinta diharamkan?
kerana peristiwa kau dan dia
yang hanyut dalam cinta
hingga lahir insan yang tak bersalah.....
~YA ALLAH,DIRI INI TERLALU HINA....BANYAK DOSA YANG AKU LAKUKAN
CUMA SATU PINTAKU KINI.KAU KUATLAH IMAN HAMBAMU INI AGAR AKU DAPAT
TERUS BERJALAN DI LANDASANMU,YA ALLAH~
buat teman: akan ku doakan yang terbaik untukmu,moga kau tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang.......melaluinya pada usia yang muda bukanlah perkara yang mudah,tapi aku yakin apa yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menyedarkan ditimu,dia dan juga diri rakan-rakanmu yang lain.kembalilah pada JALAN ALLAH!!
No comments:
Post a Comment