Hidup di bumi ALLAH ni
sebenarnya untuk kita meraih REDHANYA
kadang-kadang rasa macam banyak benda yang tak sempurna
bukan kerana tak mampu atau tak mahu
tapi adakalnya kata akal selalu memintas kata hati
Orang selalu cakap..fikir guna kata akal bukan hati
tapi kalau hati tak bersih,rasa-rasanya mampukah untuk cari REDHA tu?
cuba tepuk dada,tanya hati..
kenapa tak kena tepuk kepala tanya akal?
kalau akal boleh jawab semua soalan
kenapa kita masih lagi bergantung pada hati?
aku rasa bodoh ja bila terfikir
kita hanya perlukan akal waras untuk berfikir rasional
tapi hati yang waras nak letak mana?
kalau binatang-binatang pun masih lagi ada hati
tahu rasa kasih dan sayang
tapi manusia?
pokok pangkalnya,
akal yang waras tak cukup untuk penuhi setiap hukum alam
tapi..bila kita ada hati yang waras itu dah terlalu cukup
untuk menafsir segala soalan
sekarang ni pun,hati tengah belajar cara untuk dipelihara
walaupun kadang-kadang matlamat seolah melayang terlalu jauh
susah hendak gapai semula
tak tahu dekat mana silap..
itulah manusia kan...terlalu banyak dosa sehingga sering mendajal diri
sehinggakan tak mampu mengesan kesalahan diri sendiri
sehinggakan lupa tempat dipijak langit dijunjung
lupa ALLAH dihati,lupa ibu bapa untuk diingati
rendamkan lah hati di tempat yang bersih
agar bila kita mengangkatnya semula
segala kekotoran itu hilang dan tak akan kotor lagi
ini sebenarnya pesanan buat hati,akal dan diri ini
yang sering mendajalkan jasad sendiri
kalau esok aku lupa lagi
harapnya ada yang sudi menegur dan menghentak hati aku
agar sedar matlamat utama hidup
yang bukan sahaja untuk capai duniawi
tapi..
ukhrawi yang kekal selamanya
ikhlas
~nurhidayahmd.ali~
No comments:
Post a Comment