THAnx for all the supports dearies :)

Tuesday, 7 August 2012

akal waras atau hati yang waras?

Hidup di bumi ALLAH ni
sebenarnya untuk kita meraih REDHANYA
kadang-kadang rasa macam banyak benda yang tak sempurna
bukan kerana tak mampu atau tak mahu
tapi adakalnya kata akal selalu memintas kata hati

Orang selalu cakap..fikir guna kata akal bukan hati
tapi kalau hati  tak bersih,rasa-rasanya mampukah untuk cari REDHA tu?
cuba tepuk dada,tanya hati..
kenapa tak kena tepuk kepala tanya akal?
kalau akal boleh jawab semua soalan
kenapa kita masih lagi bergantung pada hati?

aku rasa bodoh ja bila terfikir
kita hanya perlukan akal waras untuk berfikir rasional
tapi hati yang waras nak letak mana?
kalau binatang-binatang pun masih lagi ada hati
tahu rasa kasih dan sayang
tapi manusia?

pokok pangkalnya,
akal yang waras tak cukup untuk penuhi setiap hukum alam
tapi..bila kita ada hati yang waras itu dah terlalu cukup
untuk menafsir segala soalan

sekarang ni pun,hati tengah belajar cara untuk dipelihara
walaupun kadang-kadang matlamat seolah melayang terlalu jauh
susah hendak gapai semula

tak tahu dekat mana silap..
itulah manusia kan...terlalu banyak dosa sehingga sering mendajal diri
sehinggakan tak mampu mengesan kesalahan diri sendiri
sehinggakan lupa tempat dipijak langit dijunjung
lupa ALLAH dihati,lupa ibu bapa untuk diingati

rendamkan lah hati di tempat yang bersih
agar bila kita mengangkatnya semula
segala kekotoran itu hilang dan tak akan kotor lagi

ini sebenarnya pesanan buat hati,akal dan diri ini
yang sering mendajalkan jasad sendiri
kalau esok aku lupa lagi
harapnya ada yang sudi menegur dan menghentak hati aku
agar sedar matlamat utama hidup
yang bukan sahaja untuk capai duniawi
tapi..
ukhrawi yang kekal selamanya

ikhlas
~nurhidayahmd.ali~

nurse to be VS new decor!!

ASSALAMUALIKUM WBT

yeayyyyy finally dah sampai seru untuk mewarnakan belog~ku yang dah lama berhabuk..kotor..bersepah
taraaaa,.cantik cantik tak??
dah kurang sikit KEJAMBUAN itu kan kan
sajalah..bagi fresf sikit..takat nak OLD SCHOOL jaa bebeh??

NURSE -TO-BE??
yeah..1 sept 2012,oficially i'll become A STUDENT BACK!!
insyaALLAH..kalau xmati....
err..after tolak tambah,bahagi ,darab..aku pun melilihlah untuk berbakti pada nusa dan bangsa
err.still lagi tak tau nak cakap macam mana..
err...lagi..
aku dah pun memilih kos BACHELOR KEJURURAWATAN' @upm
yeahh,i just proud of it
sebabnya .....
"nanti abah  dengan mak sakit yayah boleh jaga kami"
"nanti tok sakit..pi hospital boleh jumpa yayah..,yayah boleh jaga"
"yayah jadilah misi...boleh teruskan cita2 mak dulu"

SEE SEE......
i tOUCHED me a lots :')
betapa besarnya harapan mak abah aku,untuk lihat aku jadu MISI
dan aku tak rasa yang aku sanggup mengecewakan insan insan itu
walaupun ini mungkin sebuah pengorbanan seorang anak.
tapi aku mulai cuba meyakinkan hati aku
dan aku mula simpan kekuatan itu dari hari ke hari..
agar bila tiba masanya itu.aku ada kekuatan yang banyak.untuk teruskan kehidupan..

memang ini bukan pilihan aku..jauh sekali impian aku...
tak ada langsung niat dari zaman kecik utk jadi jururawat
tapi mungkin KUN FA YA KUN ALLAH.untuk hamba hina macam aku
dan aku harus redha..

aku percaya pasti ada hikmah disebalik pengorbanan yang aku cuba lakukan ni
aku percaya pada takdir ALLAH
kun fa ya kun ALLAH
sebab aku langsung xada sesen pengetahuan tentang apa yang akan berlaku pada hadapan
tapi..pasti suatu hari nanti ALLAH akan tunjuk sesuatu yang ku cari itu

dan yang pasti aku dah pun dapat redha ALLAH dan ibu bapa ku..
dan diri ini juga akan terus mencari kekuatan itu lagi :')

SALAM RAMADHAN..
~nurhidayahbt.md.ali~